29 Jan 2012

INFO SEMASA: RIBUT GEOMAGNET 2012 MENINGGALKAN KESAN KEPADA BUMI

GAMBAR yang dirakamkan oleh Solar Dynamics Observatory (SDO), Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pada malam AHAD, 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

Hakikatnya setiap fenomena alam yang terjadi di bumi,bima sakti dan alam semesta pastinya ada hikmah disebalik kejadian tersebut.Tanggal 22 Januari 2012 penduduk bumi yang indah ini dikejutkan dengan fenomena ribut geomagnet juga di panggil ribut solar.Kesan daripada ini sedikit telah menyebabkan perubahan medan megnet bumi secara mendadak dan frekuensi tinggi yang dihasilkan mampu mengganggu pancaran radio yang digunakan dalam sistem komunikasi kapal terbang, berhampiran Kutub Utara dan sekitar Amerika Utara, Eropah serta Asia.


Dalam pada itu nenurut Pusat Kaji Cuaca angkasa lepas Amerika Syarikat, situasi itu menyebabkan zarah suria bergerak 2 ribu kilometer per-saat, 5 kali ganda berbanding gerakan normal.


Disebalik fenomena ribut solar ini,ianya meninggalkan kesan yang indah untuk mata memandang,iaitu Aurora Borealis terhasil daripada cebisan elektron bersama dengan medan magnetik besar yang terlepas di udara akibat ribut solar.Hasil daripada tindakbalas ini ianya menghasilkan cahaya terang yang berwarna seperti cahaya lampu fluoresent.Anda boleh menikmati pemandangan fenomena ini pada gambar di bawah.

Cahaya aurora yang melanda bahagian utara Amerika Syarikat pada 21 Januari 2012.


Aurora yang dirakam di Tromsoe, utara Norway pada 24 Januari 2012

Video yang dirakamkan oleh Solar Dynamics Observatory (SDO), Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pada malam AHAD, 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari



23 Jan 2012

KELAB KAJI CUACA : KEJADIAN AWAN

Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.

Udara selalu mengandungi wap air. Apabila wap air ini melwap menjadi titik-titik air, terbentuklah awan. Pelwapan ini boleh berlaku dengan dua cara:

Apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara karena air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya.
Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara makin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air.

Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan.
Awan di Gunung Kinabalu.


Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan.

Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa juta tan, namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan di dalam awan menyokongnya.
1. Awan rendah ( Low )
Stratokumulus, awan Nimbostratus dan awan Stratus masuk ke klasifikasi awan rendah, letaknya kurang     dari 3000 m dari permukaan bumi. Awan stratokumulus kelihatan kasar, awan Nimbostratus warnanya gelap  dan memiliki lapisan-lapisan jelas,selain itu disebut awan hujan, sedangkan awan Stratus terletak di bahagian langit rendah, tebal dan berwarna kelabu.

Awan Nimbostratus

Awan Stratus

Awan Stratokumulus



2. Awan sederhana tinggi ( Mid high ) 
Yang masuk ke jenis awan Mid high itu awan Altokumulus dan awan Altostratus. Berada di ketinggian di antara 3000 m sampai dengan 6000 m, makanya disebut awan mid high, kerana disebut tinggi tidak kesampaian tapi tidak boleh juga disebut rendah, Awan Altokumulus cirinya berkepul-kepul, berlapis dan tidak rata, biasanya awan ini menunjukkan hari yang cerah, kalau awan Altostratus kelihatan lebih padat dan berwarna lebih gelap nampak seperti air. Check this out..

Awan Altostratus 

Awan Altokumulus 

Awan tinggi ( High ) Tidak ada info yang spesifik mengenai ketinggian dari Awan tinggi ini, yang jelas pasti di langit yang tinggi, maka namanya awan tinggi , yang termasuk awan tinggi diantaranya awan Sirus, awan sirokumulus, dan awan sirostratus. Awan sirus berbentuk seperti kapas yang nipis dan lembut, menandakan cuaca yang sangat cerah, awan sirokumulus nampak mirip dengan awan Altokumulus, namun kelihatan lebih rapat menyerupai sisik ikan, Terakhir awan Sirostratus berwarna putih cerah, kelihatan memiliki bentuk yang nipis dan lembut

Awan Sirus ( benar-benar kelihatan nipis )


Awan Sirokumulus ( kelihatan seperti gabungan kumulus dan sirus ) 


Awan Sirostratus 


3. Awan tinggi ke atas ( Up high ) 
Dari namanya saja kita sudah tahu bahwa kelompok awan ini terdapat di lapisan langit yang sangat tinggi sekitar 6 km hingga 9 km. Nah awan Kumulus dan awan Kumolonimbus lah yang termasuk ke kelompok ini. Awan kumulus sering kita lihat di langit, bentuknya paling familiar menyerupai kumpulan awan-awan yang lumayan besar, sedangkan awan Kumolonimbus menyerupai kumpulan awan yang sangat besar yang berwarna cerah dan gelap, biasanya disebut juga awan badai, sebab awan ini bukan hanya membawa hujan, melahan kilat dan petir juga :)


Awan Kumulus


Awan kumolonimbus 




sources: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas dan kredit to Hendrick Boby Hertanto (kelab kaji cuaca indonesia)

11 Jan 2012

Gambar : Lokasi Kaji Cuaca SMK Sg Besar


Pusat Kaji Cuaca SMK Sg Besar
Anemometer (kelajuan angin)

Thermometer

Tolok Hujan
Alat Pelindung Stevenson


Alat pengukur suhu (lembap & kering)

Arah Mata Angin


Pelajar sedang memeriksa bacaan tolok hujan 

Pelajar sedang membaca bacaan anemometer( kelajuan angin) 





memeriksa Alat Pelindung Stevenson 


Pelajar mengambil bacaan suhu min & max 


Pelajar mengambil bacaan suhu kering & lembap 


 mengambil bacaan suhu


 membuat laporan kaji cuaca

 Papan informasi kaji cuaca





Graf arah tiupan angin setiap bulan