23 Jun 2012

ISU SEMASA: JEREBU DI MALAYSIA



KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tertinggi melebihi paras tidak sihat di Semenanjung dengan bacaan 147 pada jam 5 petang, semalam.

Berdasarkan bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) yang dimuatkan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut diisytiharkan indeks tidak sihat ialah Kuala Selangor (IPU 129) Shah Alam (120) dan Cheras (105).


Kenyataan dikeluarkan JAS:
Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumatera disebabkan lindungan awan dan asap jerebu dibawa angin barat daya bertiup dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung. Ini menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah serta memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia. 



Sehubungan itu, penguatkuasaan pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan industri dipertingkatkan memandangkan cuaca kering di beberapa negeri sekitar utara dan Pantai Barat Semenanjung.

Sementara itu, di Shah Alam, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata antara kawasan mencatat bacaan tinggi termasuk Sungai Kelabu di Banting, Pulau Kempas di Sepang dan Johan Setia di Klang kerana kawasan paya bakau di situ terbakar.

“Kebakaran di Sungai Kelabu dan Johan Setia berjaya dipadamkan manakala di Pulau Kempas sedang diusahakan anggota kami.

“Orang ramai dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah sehingga keadaan terkawal seperti biasa,” katanya.


credit to blogger 'kurakura' 

16 Jun 2012

Berita & Peristiwa JUN 2012

Nasihat Taufan
Di keluarkan pada  09:10PM 16 Jun 2012
Peringkat : Taufan (GUCHOL).
Keamatan : Sangat Kuat
Masa Pencerapan : 5.00 petang, 16 Jun 2012.
Kedudukan : Latitud 14.5 Utara; Longitud 129.2 Timur; kira-kira 750 km ke Timurlaut Cebu, Filipina.
Pergerakan : Ke arah Utara-Baratlaut dengan kelajuan 20kmsj.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 1,550 km ke Timurlaut Sandakan, Sabah.
Kesan terhadap Malaysia : Tiada kesan yang signifikan.


AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (AMARAN KATEGORI KEDUA)

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) - Kemaskini
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Sabtu, 23 Jun 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
SEKSYEN B : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - Kemaskini
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Sabah (Pantai Barat & Kudat) dijangka berterusan sehingga Rabu, 20 Jun 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN C: AMARAN KETAMPAKAN RENDAH
Ketampakan rendah kurang dari 5 kilometer di sekitar perairan Selat Melaka disebabkan oleh jerebu. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Rabu, 20 Jun 2012.
Keadaan ini adalah berbahaya kepada kapal รข€“ kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.
Dikemaskini pada 16 Jun 2012, jam 02:56PM 

Gempa Bumi 15 Jun 2012
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 skala Richter telah berlaku di Bismarck Sea pada jam 4.43 petang 15 Jun 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 3.4 Selatan  longitud 146.7 Timur. 3291km Tenggara Tawau, Sabah.

sumber : Jabatan Meteorlogi Malaysia.

7 Jun 2012

Fenomena Transit Zuhrah 6 JUN 2012

sumber: : Langkawi National Observatory, ANGKASA


 Penduduk di seluruh dunia memandang ke langit pada waktu siang kelmarin dan awal petang semalam di Asia untuk melihat transit Zuhrah.

Keajaiban alam tersebut berikutnya hanya akan berlaku dalam tempoh 105 tahun akan datang.

Transit Zuhrah terjadi apabila planet berkenaan melintasi di antara Bumi dan Matahari.

Penduduk Bumi dapat melihat planet berkenaan sebagai satu bintik hitam kecil pada permukaan matahari.

“Jika anda dapat melihat tahi lalat pada wajah model antarabangsa Cindy Crawford, anda pasti akan dapat melihat transit Zuhrah,” kata seorang ahli Persatuan Astronomi Los Angeles, Van Webster.

Transit berkenaan berlaku selama 6 jam 40 minit bermula selepas pukul 6 petang di AS.

Mereka yang berada di Amerika Utara dan Tengah akan dapat melihat keseluruhan fenomena itu manakala penduduk di barat Asia, timur Afrika dan sebahagian besar Eropah pula akan dapat menyaksikan penghujung transit Zuhrah apabila matahari terbit.

Di Hawaii, Alaska, timur Australia dan Asia termasuk Jepun, Semenanjung Korea dan timur China, orang ramai dapat memerhatikan keseluruhan transit Zuhrah kerana fenomena itu berlaku pada siang hari.

Mereka yang tidak memiliki teleskop bersama penapis khas memilih untuk menyaksikan fenomena itu di laman web Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Laman web tersebut mencatat hampir 2 juta penonton kelmarin dengan sekitar 90,000 orang melayarinya pada sesuatu masa.

Di bandar raya ini, kali terakhir transit Zuhrah berlaku adalah 130 tahun lalu pada 1882.

“Saya berasa sangat seronok. Ini satu pengalaman yang kami tidak akan lupakan seumur hidup kami,” kata seorang jurutera perisian berusia 32 tahun, Bo Tan.

Dia dan beberapa rakan sekerjanya mengambil cuti separuh hari untuk memerhatikan keganjilan alam tersebut.

Namun, orang awam yang mahu melihat transit Zuhrah dinasihatkan supaya memakai kaca mata khas atau teleskop dilengkapi penapis cahaya.

Ini kerana perbuatan memandang pada tempoh yang lama ke arah matahari akan merosakkan retina mata.

Ketika gerhana matahari berlaku pada 1970, sebanyak 145 kes retina rosak dilaporkan di AS akibat perbuatan memandang ke arah bintang tersebut tanpa sebarang peralatan keselamatan.

Transit Zuhrah berikutnya hanya akan berlaku pada tahun 2117.
sumber dari http://www.facebook.com/pages/Langkawi-National-Observatory-ANGKASA
                         http://www.facebook.com/mylunareclipse
                         http://www.maklumat.my/fenomena-transit-zuhrah-muncul-semula-2117

5 Jun 2012

GERHANA BULAN SEPARA


                Fenomena gerhana bulan separa pertama pada tahun ini dapat dilihat oleh kebanyakan orang di sebahagian kawasan di Asia.Gerhana bulan separa sepatutnya dapat dilihat di seluruh negara ketika waktu Maghrib sehingga 9.18 malam pada 4 Jun 2012. Namun disebabkan cuaca di kebanyakan tampat di Malaysia agak mendung dah berawan tebal, emej fenomena gerhana bulan separa tidak dapat dilihat sepenuhnya.

Di Australia dan timur Jepun, fenomena itu dapat dilihat apabila bumi bergerak antara bulan dan matahari sehingga meninggalkan satu bayang-bayang kelabu.

“Ia kelihatan agak ganjil kerana keadaannya tidak seperti bulan sabit normal. Ia seperti satu gigitan yang dikeluarkan daripada bulan,” kata Jonti Horner dari Jabatan Astrofizik, Universiti New South Wales, Sydney.

Sementara itu, beratus-ratus orang yang membanjiri Planetarium Negara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan fenomena itu kecewa kerana ruang angkasa dilitupi awan.

“Ia merupakan sesuatu yang amat menarik kerana anda tidak akan melihat gerhana seperti ini pada setiap tahun,” kata seorang anggota sebuah kelab astronomi, Ichshan Ramadan. – AFP


p/s: Nantikan pula fenomena transit planet Zuhrah melintasi matahari pada Rabu (6 Jun 2012). Jangan lupa saksikan fenomena ini kerana ianya jarang berlaku dianggarkan 105 tahun sekali.

credit to http://digg.com/newsbar/Science/gambar_gerhana_bulan_separa_4_jun_2012
maklumat lanjut di http://www.facebook.com/mylunareclipse