27 Sep 2013

2 buah komet yang berpotensi menyinari langit 2013


Ahli astronomi dunia sedang menanti penuh harapan terhadap 2 buah komet yang bakal bersinar terang di langit pada bulan Mac dan Oktober 2013 ini.
Saya sendiri yang mengikuti perbincangan hangat mailing list comet-ml, pun agak teruja menanti kehadiran komet-komet ini, kerana amat jarang sekali komet yang muncul di langit kita ini cerah dan mudah dilihat dengan mata.
Masih ingatkah Komet McNaught yang muncul dengan begitu cerah sekali pada tahun awal tahun 2007 lalu? Lihat sahaja foto-foto komet ini. Siapalah yang tidak seronok jika dapat lihat dengan mata kepala sendiri!
Namun, komet ini sejenis makhluk yang cukup sukar untuk mengagak kecerahannya. Ia terdiri daripada debu dan ais. Disebabkan ia amat jauh dan kecil, adalah hampir mustahil untuk kita di Bumi dapat mencongak jumlah sebenar ais dan debu, yang mana ia akan ada kesan secara langsung terhadap kecerahannya nanti.
Bagaimana pula dengan 2 komet yang akan muncul tahun 2013 ni nanti?

Komet yang pertama ialah Komet C/2011 L4 PanSTARRS.