2 buah komet yang berpotensi menyinari
langit 2013
Ahli astronomi dunia sedang
menanti penuh harapan terhadap 2 buah komet yang bakal bersinar terang di
langit pada bulan Mac dan Oktober 2013 ini.
Saya sendiri yang mengikuti perbincangan hangat mailing
list comet-ml, pun
agak teruja menanti kehadiran komet-komet ini, kerana amat jarang sekali komet
yang muncul di langit kita ini cerah dan mudah dilihat dengan mata.
Masih ingatkah Komet McNaught yang muncul dengan begitu cerah
sekali pada tahun awal tahun 2007 lalu? Lihat sahaja foto-foto komet ini. Siapalah yang tidak
seronok jika dapat lihat dengan mata kepala sendiri!
Namun, komet ini sejenis
makhluk yang cukup sukar untuk mengagak kecerahannya. Ia terdiri daripada debu
dan ais. Disebabkan ia amat jauh dan kecil, adalah hampir mustahil untuk kita
di Bumi dapat mencongak jumlah sebenar ais dan debu, yang mana ia akan ada
kesan secara langsung terhadap kecerahannya nanti.
Bagaimana pula dengan 2 komet
yang akan muncul tahun 2013 ni nanti?
Komet yang pertama ialah Komet
C/2011 L4 PanSTARRS.
No comments:
Post a Comment