Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat
Dikeluarkan pada: 09:37am pada 22 Julai 2012
KEMASKINI AMARAN : Ribut petir dan hujan lebat di negeri Selangor (Daerah Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang) dan N. Sembilan (Daerah Seremban dan Port Dickson) dijangka berterusan sehingga tengah hari, Ahad 22 Julai 2012. Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Perak (Daerah Larut,Matang&Selama, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling dan Hulu Langat), N. Sembilan (Daerah Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau) dan Melaka.
AMARAN KATEGORI PERTAMA AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
Ribut Tropika (VICENTE) dikesan pada jam 5.00 pagi 22 Julai 2012, terbentuk pada Latitud 19.5 U dan Longitud 115.7 T, kira-kira 1,406 km ke Utara Kudat, Sabah. Ribut Tropika ini dijangka bergerak ke arah Barat dengan anggaran kelajuan 20 kmsj. Sehubungan dengan itu: SEKSYEN A: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pantai Barat & Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Palawan & Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Jumaat, 27 Julai 2012. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka dijangka berterusan sehingga awal petang, Ahad, 22 Julai 2012. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. |
Dikemaskini pada 22 Julai 2012, jam 08:20AM
|