AMARAN KATEGORI KEDUA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
Kemaskini: Taufan TEMBIN dikesan pada Latitud 24.7 U dan Longitud 123.7 T, pada jam 5.00 petang 28 Ogos 2012, kira-kira 2,093 km ke Timur-Timur Laut Kudat, Sabah dan bergerak ke arah Timur-Timur Laut dengan anggaran kelajuan 30 kmsj. Sehubungan dengan itu: SEKSYEN A: I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan sehingga Jumaat, 31 Ogos 2012. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Ditingkatkan dari nasihat yang dikeluarkan pada 08:56 pagi, 23 Ogos 2012. Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Utara Kedah,Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 31 Ogos 2012. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Johor Barat, Pahang, Terengganu & Phuket dijangka berterusan sehingga awal malam, Selasa, 28 Ogos 2012. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. |
Dikemaskini pada 28 Ogos 2012, jam 07:03PM
DARIPADA: | PUSAT RAMALAN CUACA, JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA | |
TARIKH: | 28 Ogos 2012 | |
Our Ref: | JMM.RML06/599/46/ Jld19 (09) |
Nasihat Taufan Di keluarkan pada 06:10PM 28 Ogos 2012 |
Peringkat : Taufan (TEMBIN). Masa Pencerapan : 5.00 petang, 28 Ogos 2012. Kedudukan : Latitud 24.7 Utara; Longitud 123.2 Timur; kira-kira 175 km ke Barat Daya Taipei, Taiwan. Pergerakan : Ke arah Timur-Timur Laut dengan anggaran kelajuan 30 kmsj. Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 2,093 km ke Timur-Timur Laut Kudat, Sabah. Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Phuket dan Laut China Selatan. |