28 Aug 2012

Berita / Peristiwa


AMARAN KATEGORI KEDUA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Kemaskini:
Taufan TEMBIN dikesan pada Latitud 24.7 U dan Longitud 123.7 T, pada jam 5.00 petang 28 Ogos 2012, kira-kira 2,093 km ke Timur-Timur Laut Kudat, Sabah dan bergerak ke arah Timur-Timur Laut dengan anggaran kelajuan 30 kmsj.
Sehubungan dengan itu:
SEKSYEN A:
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan sehingga Jumaat, 31 Ogos 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Ditingkatkan dari nasihat yang dikeluarkan pada 08:56 pagi, 23 Ogos 2012.
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Utara Kedah,Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 31 Ogos 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Johor Barat, Pahang, Terengganu & Phuket dijangka berterusan sehingga awal malam, Selasa, 28 Ogos 2012.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 28 Ogos 2012, jam 07:03PM 


DARIPADA:PUSAT RAMALAN CUACA,
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
TARIKH:28 Ogos 2012
Our Ref:JMM.RML06/599/46/ Jld19 (09)
 
Nasihat Taufan
Di keluarkan pada  06:10PM 28 Ogos 2012
Peringkat : Taufan (TEMBIN).
Masa Pencerapan : 5.00 petang, 28 Ogos 2012.
Kedudukan : Latitud 24.7 Utara; Longitud 123.2 Timur; kira-kira 175 km ke Barat Daya Taipei, Taiwan.
Pergerakan : Ke arah Timur-Timur Laut dengan anggaran kelajuan 30 kmsj.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 2,093 km ke Timur-Timur Laut Kudat, Sabah.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Phuket dan Laut China Selatan.


Gempa bumi kuat gegar Pantai Oregon, Amerika Syarikat


KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter, menggegarkan Pantai Oregon, Amerika Syarikat pada jam 11.31 pagi ini.
Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berlaku di 788km barat laut San Francisco, dan 11,471km timur laut Sandakan, Sabah.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama


Gempa Bumi 28 Ogos 2012
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 skala Richter telah berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada jam 1.54 pagi  28 Ogos 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 3.6 Utara longitud 126.9 Timur. 936km Tenggara Semporna, Sabah.



No comments:

Post a Comment