31 Oct 2012

NEW YORK DILANDA TAUFAN SANDY




NEW YORK 30 Okt. - Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh di tujuh buah negeri apabila Taufan Sandy mengganas, membadai kawasan persisiran pantai timur Amerika Syarikat (AS), awal hari semalam menyebabkan lebih sejuta penduduk di beberapa negeri terpaksa dipindahkan.


Antara negeri yang mencatat kematian termasuklah New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina apabila taufan itu melanda AS sejak pukul 8 malam semalam (8 pagi waktu Malaysia tempoh hari, menjejaskan lebih 50 juta penduduk di wilayah itu.Kira-kira sejuta penduduk yang terjejas teruk turut dipindahkan.

Taufan gergasi itu membawa kelajuan angin 130 kilometer sejam, melanda kawasan persisiran pantai sejauh beratus-ratus kilometer dengan beberapa negeri dilanda hujan lebat dan bandar-bandar utama lumpuh dengan bandar raya New York paling teruk terjejas.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan dekri kecemasan di New York dan New Jersey, selepas taufan tersebut mengakibatkan kira-kira 13,500 penerbangan di seluruh negara dibatalkan semalam dan hari ini.

Bandar raya New York lumpuh apabila sistem pengangkutan kereta api bawah tanah terjejas teruk, terburuk dalam tempoh 108 tahun, sementara kira-kira tujuh juta penduduk di seluruh negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.

Suasana di sekitar pusat bandar Manhattan turut panik apabila banjir setinggi 3.9 meter menenggelamkan terowong-terowong dan stesen kereta api bawah tanah, selain menyebabkan pelancong serta pesakit-pesakit di hospital terpaksa mencari tempat berlindung.

Pusat Taufan Kebangsaan menyatakan, Sandy yang berubah lemah kini bergerak ke kawasan pedalaman, namun masih mampu menghasilkan angin kencang serta banjir di sepanjang pantai timur.

Firma pengurusan bencana, Eqecat meramalkan, Sandy boleh menjejaskan kira-kira satu perlima atau 60 juta penduduk AS dan mengakibatkan kerugian berjumlah AS$20 bilion (RM60 bilion). - AGENSI


7 Oct 2012

FENOMENA HUJAN BATU DI JERTIH, TERENGGANU. 4th August 2012.



Hujan Batu di Jertih Terengganu : Hujan air batu di Jertih, Terengganu beberapa hari lepas telah mengemparkan penduduk setempat.


Penduduk di beberapa buah kampung di sekitar Jertih, Terengganu terkejut dengan fenomena hujan air batu luar biasa berserta ribut kencang yang melanda kampung mereka beberapa hari yang lalu.

Dalam kejadian hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 6.55 petang itu, ia menggemparkan penduduk kampung antaranya di Seberang Jertih, Balik Bukit, Padang Luas, Bandar Jertih dan beberapa kampung lain dengan fenomena luar biasa itu.

Pembentukan hujan batu

Allah SWT menyatakan di dalam Qur’an, di dalam Surah An-Nuur : 43, bahawa pembentukan awan membawa kepada hujan dan hujan air batu. Kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa hujan batu adalah faktor utama di dalam pembentukan kilat.

Rajah 1 : Pembentukan Hujan Batu

Hujan batu dihasilkan dalam awan kumulonimbus (rajah 2) yang terkumpul menghasilkan titisan hujan beku yang besar, bertindak sebagai embrio dengan mengumpulkan cecair yang sangat sejuk, yang dipanggil ’accretion’. Di dalam awan terdapat pergerakan tekanan angin yang ganas, membawa embrio kecil ke atas paras beku. Apabila embrio melalui banyak kandungan cecair,ia menghasilkan salutan ais dikelilingnya dan menjadi semakin besar.
Rajah 2 : Awan Kumulonimbus

Selepas ais itu menjadi besar dan terlalu berat untuk ditampung, ia turun sebagai hujan air batu.Apabila ia mula jatuh, hujan batu mungkin terperangkap di dalam tekanan udara yang kuat lalu dibawa semula ke atas melalui pusingan yang sama semula. Di dalam hujan air batu yang besar, haba yang dilepaskan boleh mencairkan lapisan luar hujan batu. Hujan batu mampu melalui ’wet growth’ ataupun ‘pembesaran basah’ di mana cecair lapisan luar mengumpul hujan batu kecil yang lain.

Hujan batu kecil selalunya cair sebelum sampai ke bumi. Bagaimanapun di dalam angin ribut yang kuat, hujan batu mungkin menjadi cukup besar untuk jatuh ke bumi sebelum ia dapat cair sepenuhnya. Menariknya mengenai hujan batu adalah ia hanya terjadi ketika waktu paling panas dalam setahun – musim panas. Hujan air batu lebih kerap terjadi di kawasan selain kawasan tropika walaupun kawasan tropika mengalami kadar hujan lebat disertai kilat yang lebih tinggi, kerana atmosfera di kawasan tropika lebih panas berbanding kawasan yang lain.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kita boleh menyatakan bahawa pembentukan hujan air batu telah dijelaskan lama lagi sebelum dapat dijelaskan para saintis. Ayat Qur’an di atas menjelaskan melalui pembentukan awan,maka datanglah hujan air batu. Kita,sebagai Muslim perlulah menjadikan Qur’an sebagai bimbingan sepanjang masa.


Fakta menarik mengenai hujan batu !
•Kira-kira kerugian $1 billion U.S dollar di dalam bentuk tanaman dan harta benda disebabkan oleh hujan air batu setiap tahun di Amerika Syarikat.

•Hujan air batu di Amerika Syarikat yang mengalami kerugian tertinggi adalah pada Mei 1995. Jumlah kerosakan adalah $2 billion di mana dianggarkan $1.1 billion adalah akibat kerosakan hujan air batu.

•Hujan air batu terbesar direkodkan jatuh di Coffeyville, Kansas pada 3 September 1976. Ia berukuran kira-kira ukur lilit 17.5 inci ( diameter lebih 5.6 inci ) dan berat lebih dari 26 auns ( hampir 2 pound ).

•Apabila dibelah dua, hujan air batu mempunyai lapisan bulat seperti bawang, yang menunjukkan berapa kali ia sampai ke bahagian atas ribut sebelum jatuh ke bumi.

•Hujan air batu berlaku pada musim panas.

•Tempoh hujan air batu jarang melebihi 15 minit.

•Hujan batu jarang berlaku di kawasan tropika kecuali di kawasan tinggi.

Sumber : 
http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2011/04/10/proses-hujan-batu-melalui-perspektif-qur%e2%80%99an/
http://ajae7.blogspot.com/2011/04/proses-hujan-batu-melalui-perspektif.html

3 Oct 2012

Fenomena Halo matahari 2/10/2012

Apakah yang dimaksudkan dengan Fenomena Halo Matahari?


Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari atau bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
        Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
         Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.


Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.

Gambar2 dibawah ini adalah hasil dari 'snap' henpon kamera aku sahaja...jadi kualiti gambar tidak lah secantik mana







Subhanallah...