7 Oct 2012

FENOMENA HUJAN BATU DI JERTIH, TERENGGANU. 4th August 2012.



Hujan Batu di Jertih Terengganu : Hujan air batu di Jertih, Terengganu beberapa hari lepas telah mengemparkan penduduk setempat.


Penduduk di beberapa buah kampung di sekitar Jertih, Terengganu terkejut dengan fenomena hujan air batu luar biasa berserta ribut kencang yang melanda kampung mereka beberapa hari yang lalu.

Dalam kejadian hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 6.55 petang itu, ia menggemparkan penduduk kampung antaranya di Seberang Jertih, Balik Bukit, Padang Luas, Bandar Jertih dan beberapa kampung lain dengan fenomena luar biasa itu.

Pembentukan hujan batu

Allah SWT menyatakan di dalam Qur’an, di dalam Surah An-Nuur : 43, bahawa pembentukan awan membawa kepada hujan dan hujan air batu. Kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa hujan batu adalah faktor utama di dalam pembentukan kilat.

Rajah 1 : Pembentukan Hujan Batu

Hujan batu dihasilkan dalam awan kumulonimbus (rajah 2) yang terkumpul menghasilkan titisan hujan beku yang besar, bertindak sebagai embrio dengan mengumpulkan cecair yang sangat sejuk, yang dipanggil ’accretion’. Di dalam awan terdapat pergerakan tekanan angin yang ganas, membawa embrio kecil ke atas paras beku. Apabila embrio melalui banyak kandungan cecair,ia menghasilkan salutan ais dikelilingnya dan menjadi semakin besar.
Rajah 2 : Awan Kumulonimbus

Selepas ais itu menjadi besar dan terlalu berat untuk ditampung, ia turun sebagai hujan air batu.Apabila ia mula jatuh, hujan batu mungkin terperangkap di dalam tekanan udara yang kuat lalu dibawa semula ke atas melalui pusingan yang sama semula. Di dalam hujan air batu yang besar, haba yang dilepaskan boleh mencairkan lapisan luar hujan batu. Hujan batu mampu melalui ’wet growth’ ataupun ‘pembesaran basah’ di mana cecair lapisan luar mengumpul hujan batu kecil yang lain.

Hujan batu kecil selalunya cair sebelum sampai ke bumi. Bagaimanapun di dalam angin ribut yang kuat, hujan batu mungkin menjadi cukup besar untuk jatuh ke bumi sebelum ia dapat cair sepenuhnya. Menariknya mengenai hujan batu adalah ia hanya terjadi ketika waktu paling panas dalam setahun – musim panas. Hujan air batu lebih kerap terjadi di kawasan selain kawasan tropika walaupun kawasan tropika mengalami kadar hujan lebat disertai kilat yang lebih tinggi, kerana atmosfera di kawasan tropika lebih panas berbanding kawasan yang lain.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kita boleh menyatakan bahawa pembentukan hujan air batu telah dijelaskan lama lagi sebelum dapat dijelaskan para saintis. Ayat Qur’an di atas menjelaskan melalui pembentukan awan,maka datanglah hujan air batu. Kita,sebagai Muslim perlulah menjadikan Qur’an sebagai bimbingan sepanjang masa.


Fakta menarik mengenai hujan batu !
•Kira-kira kerugian $1 billion U.S dollar di dalam bentuk tanaman dan harta benda disebabkan oleh hujan air batu setiap tahun di Amerika Syarikat.

•Hujan air batu di Amerika Syarikat yang mengalami kerugian tertinggi adalah pada Mei 1995. Jumlah kerosakan adalah $2 billion di mana dianggarkan $1.1 billion adalah akibat kerosakan hujan air batu.

•Hujan air batu terbesar direkodkan jatuh di Coffeyville, Kansas pada 3 September 1976. Ia berukuran kira-kira ukur lilit 17.5 inci ( diameter lebih 5.6 inci ) dan berat lebih dari 26 auns ( hampir 2 pound ).

•Apabila dibelah dua, hujan air batu mempunyai lapisan bulat seperti bawang, yang menunjukkan berapa kali ia sampai ke bahagian atas ribut sebelum jatuh ke bumi.

•Hujan air batu berlaku pada musim panas.

•Tempoh hujan air batu jarang melebihi 15 minit.

•Hujan batu jarang berlaku di kawasan tropika kecuali di kawasan tinggi.

Sumber : 
http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2011/04/10/proses-hujan-batu-melalui-perspektif-qur%e2%80%99an/
http://ajae7.blogspot.com/2011/04/proses-hujan-batu-melalui-perspektif.html

No comments:

Post a Comment