29 Jan 2012

INFO SEMASA: RIBUT GEOMAGNET 2012 MENINGGALKAN KESAN KEPADA BUMI

GAMBAR yang dirakamkan oleh Solar Dynamics Observatory (SDO), Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pada malam AHAD, 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

Hakikatnya setiap fenomena alam yang terjadi di bumi,bima sakti dan alam semesta pastinya ada hikmah disebalik kejadian tersebut.Tanggal 22 Januari 2012 penduduk bumi yang indah ini dikejutkan dengan fenomena ribut geomagnet juga di panggil ribut solar.Kesan daripada ini sedikit telah menyebabkan perubahan medan megnet bumi secara mendadak dan frekuensi tinggi yang dihasilkan mampu mengganggu pancaran radio yang digunakan dalam sistem komunikasi kapal terbang, berhampiran Kutub Utara dan sekitar Amerika Utara, Eropah serta Asia.


Dalam pada itu nenurut Pusat Kaji Cuaca angkasa lepas Amerika Syarikat, situasi itu menyebabkan zarah suria bergerak 2 ribu kilometer per-saat, 5 kali ganda berbanding gerakan normal.


Disebalik fenomena ribut solar ini,ianya meninggalkan kesan yang indah untuk mata memandang,iaitu Aurora Borealis terhasil daripada cebisan elektron bersama dengan medan magnetik besar yang terlepas di udara akibat ribut solar.Hasil daripada tindakbalas ini ianya menghasilkan cahaya terang yang berwarna seperti cahaya lampu fluoresent.Anda boleh menikmati pemandangan fenomena ini pada gambar di bawah.

Cahaya aurora yang melanda bahagian utara Amerika Syarikat pada 21 Januari 2012.


Aurora yang dirakam di Tromsoe, utara Norway pada 24 Januari 2012

Video yang dirakamkan oleh Solar Dynamics Observatory (SDO), Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pada malam AHAD, 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari



No comments:

Post a Comment