31 Oct 2012

NEW YORK DILANDA TAUFAN SANDY




NEW YORK 30 Okt. - Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh di tujuh buah negeri apabila Taufan Sandy mengganas, membadai kawasan persisiran pantai timur Amerika Syarikat (AS), awal hari semalam menyebabkan lebih sejuta penduduk di beberapa negeri terpaksa dipindahkan.


Antara negeri yang mencatat kematian termasuklah New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina apabila taufan itu melanda AS sejak pukul 8 malam semalam (8 pagi waktu Malaysia tempoh hari, menjejaskan lebih 50 juta penduduk di wilayah itu.Kira-kira sejuta penduduk yang terjejas teruk turut dipindahkan.

Taufan gergasi itu membawa kelajuan angin 130 kilometer sejam, melanda kawasan persisiran pantai sejauh beratus-ratus kilometer dengan beberapa negeri dilanda hujan lebat dan bandar-bandar utama lumpuh dengan bandar raya New York paling teruk terjejas.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan dekri kecemasan di New York dan New Jersey, selepas taufan tersebut mengakibatkan kira-kira 13,500 penerbangan di seluruh negara dibatalkan semalam dan hari ini.

Bandar raya New York lumpuh apabila sistem pengangkutan kereta api bawah tanah terjejas teruk, terburuk dalam tempoh 108 tahun, sementara kira-kira tujuh juta penduduk di seluruh negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.

Suasana di sekitar pusat bandar Manhattan turut panik apabila banjir setinggi 3.9 meter menenggelamkan terowong-terowong dan stesen kereta api bawah tanah, selain menyebabkan pelancong serta pesakit-pesakit di hospital terpaksa mencari tempat berlindung.

Pusat Taufan Kebangsaan menyatakan, Sandy yang berubah lemah kini bergerak ke kawasan pedalaman, namun masih mampu menghasilkan angin kencang serta banjir di sepanjang pantai timur.

Firma pengurusan bencana, Eqecat meramalkan, Sandy boleh menjejaskan kira-kira satu perlima atau 60 juta penduduk AS dan mengakibatkan kerugian berjumlah AS$20 bilion (RM60 bilion). - AGENSI


7 Oct 2012

FENOMENA HUJAN BATU DI JERTIH, TERENGGANU. 4th August 2012.



Hujan Batu di Jertih Terengganu : Hujan air batu di Jertih, Terengganu beberapa hari lepas telah mengemparkan penduduk setempat.


Penduduk di beberapa buah kampung di sekitar Jertih, Terengganu terkejut dengan fenomena hujan air batu luar biasa berserta ribut kencang yang melanda kampung mereka beberapa hari yang lalu.

Dalam kejadian hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 6.55 petang itu, ia menggemparkan penduduk kampung antaranya di Seberang Jertih, Balik Bukit, Padang Luas, Bandar Jertih dan beberapa kampung lain dengan fenomena luar biasa itu.

Pembentukan hujan batu

Allah SWT menyatakan di dalam Qur’an, di dalam Surah An-Nuur : 43, bahawa pembentukan awan membawa kepada hujan dan hujan air batu. Kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa hujan batu adalah faktor utama di dalam pembentukan kilat.

Rajah 1 : Pembentukan Hujan Batu

Hujan batu dihasilkan dalam awan kumulonimbus (rajah 2) yang terkumpul menghasilkan titisan hujan beku yang besar, bertindak sebagai embrio dengan mengumpulkan cecair yang sangat sejuk, yang dipanggil ’accretion’. Di dalam awan terdapat pergerakan tekanan angin yang ganas, membawa embrio kecil ke atas paras beku. Apabila embrio melalui banyak kandungan cecair,ia menghasilkan salutan ais dikelilingnya dan menjadi semakin besar.
Rajah 2 : Awan Kumulonimbus

Selepas ais itu menjadi besar dan terlalu berat untuk ditampung, ia turun sebagai hujan air batu.Apabila ia mula jatuh, hujan batu mungkin terperangkap di dalam tekanan udara yang kuat lalu dibawa semula ke atas melalui pusingan yang sama semula. Di dalam hujan air batu yang besar, haba yang dilepaskan boleh mencairkan lapisan luar hujan batu. Hujan batu mampu melalui ’wet growth’ ataupun ‘pembesaran basah’ di mana cecair lapisan luar mengumpul hujan batu kecil yang lain.

Hujan batu kecil selalunya cair sebelum sampai ke bumi. Bagaimanapun di dalam angin ribut yang kuat, hujan batu mungkin menjadi cukup besar untuk jatuh ke bumi sebelum ia dapat cair sepenuhnya. Menariknya mengenai hujan batu adalah ia hanya terjadi ketika waktu paling panas dalam setahun – musim panas. Hujan air batu lebih kerap terjadi di kawasan selain kawasan tropika walaupun kawasan tropika mengalami kadar hujan lebat disertai kilat yang lebih tinggi, kerana atmosfera di kawasan tropika lebih panas berbanding kawasan yang lain.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kita boleh menyatakan bahawa pembentukan hujan air batu telah dijelaskan lama lagi sebelum dapat dijelaskan para saintis. Ayat Qur’an di atas menjelaskan melalui pembentukan awan,maka datanglah hujan air batu. Kita,sebagai Muslim perlulah menjadikan Qur’an sebagai bimbingan sepanjang masa.


Fakta menarik mengenai hujan batu !
•Kira-kira kerugian $1 billion U.S dollar di dalam bentuk tanaman dan harta benda disebabkan oleh hujan air batu setiap tahun di Amerika Syarikat.

•Hujan air batu di Amerika Syarikat yang mengalami kerugian tertinggi adalah pada Mei 1995. Jumlah kerosakan adalah $2 billion di mana dianggarkan $1.1 billion adalah akibat kerosakan hujan air batu.

•Hujan air batu terbesar direkodkan jatuh di Coffeyville, Kansas pada 3 September 1976. Ia berukuran kira-kira ukur lilit 17.5 inci ( diameter lebih 5.6 inci ) dan berat lebih dari 26 auns ( hampir 2 pound ).

•Apabila dibelah dua, hujan air batu mempunyai lapisan bulat seperti bawang, yang menunjukkan berapa kali ia sampai ke bahagian atas ribut sebelum jatuh ke bumi.

•Hujan air batu berlaku pada musim panas.

•Tempoh hujan air batu jarang melebihi 15 minit.

•Hujan batu jarang berlaku di kawasan tropika kecuali di kawasan tinggi.

Sumber : 
http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2011/04/10/proses-hujan-batu-melalui-perspektif-qur%e2%80%99an/
http://ajae7.blogspot.com/2011/04/proses-hujan-batu-melalui-perspektif.html

3 Oct 2012

Fenomena Halo matahari 2/10/2012

Apakah yang dimaksudkan dengan Fenomena Halo Matahari?


Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari atau bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
        Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
         Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.


Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.

Gambar2 dibawah ini adalah hasil dari 'snap' henpon kamera aku sahaja...jadi kualiti gambar tidak lah secantik mana







Subhanallah...




4 Sept 2012

TAUFAN ISAAC. TAUFAN BOLAVEN. TAUFAN TEMBIN.

Taufan Isaac landa Louisiana

Di NEW ORLEANS, taufan Isaac mula melanda selatan Louisiana dengan angin kencang dan hujan lebat sehingga 50 sentimeter mulai semalam dan dijangka tiba di New Orleans awal hari ini.
  Isaac adalah taufan pertama melanda Amerika tahun ini. Meskipun tidak sekuat Katrina iaitu ribut kategori 3 ketika melanda pada 29 Ogos 2005, Isaac yang berada dalam kekuatan kategori 1 mengingatkan semula kepada keadaan selepas Katrina. - AP/Agensi

Ramai penduduk Qingdao di timur laut China berkumpul melihat kesan yang dibawa taufan Bolaven menyebabkan ombak besar membadai pantai.

  Taufan Bolaven menjadi punca beribu-ribu penduduk Korea Selatan terputus bekalan elektrik, membatalkan penerbangan, hampir 100 keluarga hilang tempat tinggal dan tanah pertanian bercucuk tanam selain menyebabkan dua kapal nelayan China melanggar batu di perairan selatan Pulau Jeju menyebabkan tujuh maut dan lapan hilang.
  Bolaven diramal membawa angin kencang dan ribut ke wilayah timur China, Shandong dan Jiangsu selain Shanghai.
Jiangsu sudah memindahkan lebih 23,000 penduduk selain menghentikan khidmat feri di Tasik Taihu.


Manakala di Korea Selatan ,pengawal pantai  menyelamatkan 12 nelayan China dan enam lagi berenang ke tepi pantai atau ditolak ombak ke tepian. Empat lagi maut di tempat lain di Korea Selatan.
  Media rasmi Korea Utara, Korean Central News Agency (KCNA) pula melaporkan bahawa angin kencang Bolaven menyebabkan bumbung sebuah stesen elektrik tercabut, memutuskan bekalan kuasa di bandar Kaesong selain merosakkan banyak kawasan pertanian.
Angin kencang dan hujan lebat juga melanda ibu kota negara itu, Pyongyang, tetapi tidak menyebabkan kematian sekadar menyebabkan air naik di jalan raya.

  Taufan Tembin dijangka tiba di Korea Selatan mulai hari ini membawa angin selaju 30 meter sesaat dan menuju Korea Utara, esok.
Kelmarin, Tembin menyebabkan tiga penduduk yang tinggal dekat pantai cedera di Taiwan selepas bumbung rumah tercabut dirempuh ombak setinggi enam meter.
Taufan berkenaan berlaku ketika Korea Utara cuba membantu penduduknya dari segi makanan, tempat berlindung, penjagaan kesihatan dan air bersih selepas dilanda banjir pada Julai lalu.
Bah itu menyebabkan 170 maut di Korea Utara selepas beribu-ribu kediaman musnah dihanyutkan air, menurut laporan rasmi negara itu.

28 Aug 2012

Berita / Peristiwa


AMARAN KATEGORI KEDUA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Kemaskini:
Taufan TEMBIN dikesan pada Latitud 24.7 U dan Longitud 123.7 T, pada jam 5.00 petang 28 Ogos 2012, kira-kira 2,093 km ke Timur-Timur Laut Kudat, Sabah dan bergerak ke arah Timur-Timur Laut dengan anggaran kelajuan 30 kmsj.
Sehubungan dengan itu:
SEKSYEN A:
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan sehingga Jumaat, 31 Ogos 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Ditingkatkan dari nasihat yang dikeluarkan pada 08:56 pagi, 23 Ogos 2012.
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Utara Kedah,Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 31 Ogos 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Johor Barat, Pahang, Terengganu & Phuket dijangka berterusan sehingga awal malam, Selasa, 28 Ogos 2012.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 28 Ogos 2012, jam 07:03PM 


DARIPADA:PUSAT RAMALAN CUACA,
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
TARIKH:28 Ogos 2012
Our Ref:JMM.RML06/599/46/ Jld19 (09)
 
Nasihat Taufan
Di keluarkan pada  06:10PM 28 Ogos 2012
Peringkat : Taufan (TEMBIN).
Masa Pencerapan : 5.00 petang, 28 Ogos 2012.
Kedudukan : Latitud 24.7 Utara; Longitud 123.2 Timur; kira-kira 175 km ke Barat Daya Taipei, Taiwan.
Pergerakan : Ke arah Timur-Timur Laut dengan anggaran kelajuan 30 kmsj.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 2,093 km ke Timur-Timur Laut Kudat, Sabah.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Phuket dan Laut China Selatan.


Gempa bumi kuat gegar Pantai Oregon, Amerika Syarikat


KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter, menggegarkan Pantai Oregon, Amerika Syarikat pada jam 11.31 pagi ini.
Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berlaku di 788km barat laut San Francisco, dan 11,471km timur laut Sandakan, Sabah.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama


Gempa Bumi 28 Ogos 2012
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 skala Richter telah berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada jam 1.54 pagi  28 Ogos 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 3.6 Utara longitud 126.9 Timur. 936km Tenggara Semporna, Sabah.



5 Aug 2012

Info Berita / Peristiwa

Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat

Dikeluarkan pada: 05:29pm pada 05 Ogos 2012
KEMASKINI AMARAN :
Ribut petir dan hujan lebat di negeri Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Manjung dan Perak Tengah), Johor (Daerah Kluang dan Mersing), Pahang (Daerah Rompin dan Pekan) dan Sarawak : Bahagian Mukah (Daerah Mukah dan Dalat), Samarahan (Daerah Asa Jaya, Samarahan dan Serian) dan Kuching (Daerah Kuching dan Bau) dijangka berterusan sehingga awal malam, Ahad 5 Ogos 2012.
Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Perak (Daerah Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang) dan Pahang (Daerah Cameron Highlands dan Kuantan).
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA(AMARAN KATEGORI KEDUA)
Di Perairan Laut China Selatan

SEKSYEN A-Kemaskini
Ribut Tropika (HAIKUI) dikesan pada Latitud 27.4 U dan Longitud 128.4 T, pada jam 3.00 petang 5 Ogos 2012, kira-kira 2,587 km ke Timur Laut Kudat, Sabah. Ribut Tropika ini bergerak ke arah Barat Laut dengan anggaran kelajuan 15 kmsj.
Sehubungan dengan itu:
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 6 Ogos 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pantai Barat & Kudat), WP. Labuan, Phuket, Condore & Sulu dijangka berterusan sehingga Isnin, 6 Ogos 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Dikemaskini pada 05 Ogos 2012, jam 04:19PM 
 

Gempa Bumi 05 Ogos 2012
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 skala Richter telah berlaku di Kepulauan Aru, Indonesia pada jam 1.58 petang 05 Ogos 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 5.6 Selatan  longitud 134.0 Timur. 2049km Tenggara Semporna, Sabah.


22 Jul 2012

AMARAN !!!!!

Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat

Dikeluarkan pada: 09:37am pada 22 Julai 2012
KEMASKINI AMARAN :
Ribut petir dan hujan lebat di negeri Selangor (Daerah Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang) dan N. Sembilan (Daerah Seremban dan Port Dickson) dijangka berterusan sehingga tengah hari, Ahad 22 Julai 2012.
Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Perak (Daerah Larut,Matang&Selama, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling dan Hulu Langat), N. Sembilan (Daerah Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau) dan Melaka.

AMARAN KATEGORI PERTAMA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Ribut Tropika (VICENTE) dikesan pada jam 5.00 pagi 22 Julai 2012, terbentuk pada Latitud 19.5 U dan Longitud 115.7 T, kira-kira 1,406 km ke Utara Kudat, Sabah. Ribut Tropika ini dijangka bergerak ke arah Barat dengan anggaran kelajuan 20 kmsj.
Sehubungan dengan itu:
SEKSYEN A: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pantai Barat & Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Palawan & Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Jumaat, 27 Julai 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka dijangka berterusan sehingga awal petang, Ahad, 22 Julai 2012.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 22 Julai 2012, jam 08:20AM 


23 Jun 2012

ISU SEMASA: JEREBU DI MALAYSIA



KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tertinggi melebihi paras tidak sihat di Semenanjung dengan bacaan 147 pada jam 5 petang, semalam.

Berdasarkan bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) yang dimuatkan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut diisytiharkan indeks tidak sihat ialah Kuala Selangor (IPU 129) Shah Alam (120) dan Cheras (105).


Kenyataan dikeluarkan JAS:
Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumatera disebabkan lindungan awan dan asap jerebu dibawa angin barat daya bertiup dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung. Ini menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah serta memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia. 



Sehubungan itu, penguatkuasaan pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan industri dipertingkatkan memandangkan cuaca kering di beberapa negeri sekitar utara dan Pantai Barat Semenanjung.

Sementara itu, di Shah Alam, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata antara kawasan mencatat bacaan tinggi termasuk Sungai Kelabu di Banting, Pulau Kempas di Sepang dan Johan Setia di Klang kerana kawasan paya bakau di situ terbakar.

“Kebakaran di Sungai Kelabu dan Johan Setia berjaya dipadamkan manakala di Pulau Kempas sedang diusahakan anggota kami.

“Orang ramai dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah sehingga keadaan terkawal seperti biasa,” katanya.


credit to blogger 'kurakura' 

16 Jun 2012

Berita & Peristiwa JUN 2012

Nasihat Taufan
Di keluarkan pada  09:10PM 16 Jun 2012
Peringkat : Taufan (GUCHOL).
Keamatan : Sangat Kuat
Masa Pencerapan : 5.00 petang, 16 Jun 2012.
Kedudukan : Latitud 14.5 Utara; Longitud 129.2 Timur; kira-kira 750 km ke Timurlaut Cebu, Filipina.
Pergerakan : Ke arah Utara-Baratlaut dengan kelajuan 20kmsj.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 1,550 km ke Timurlaut Sandakan, Sabah.
Kesan terhadap Malaysia : Tiada kesan yang signifikan.


AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (AMARAN KATEGORI KEDUA)

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) - Kemaskini
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Sabtu, 23 Jun 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
SEKSYEN B : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - Kemaskini
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Sabah (Pantai Barat & Kudat) dijangka berterusan sehingga Rabu, 20 Jun 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN C: AMARAN KETAMPAKAN RENDAH
Ketampakan rendah kurang dari 5 kilometer di sekitar perairan Selat Melaka disebabkan oleh jerebu. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Rabu, 20 Jun 2012.
Keadaan ini adalah berbahaya kepada kapal – kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.
Dikemaskini pada 16 Jun 2012, jam 02:56PM 

Gempa Bumi 15 Jun 2012
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 skala Richter telah berlaku di Bismarck Sea pada jam 4.43 petang 15 Jun 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 3.4 Selatan  longitud 146.7 Timur. 3291km Tenggara Tawau, Sabah.

sumber : Jabatan Meteorlogi Malaysia.

7 Jun 2012

Fenomena Transit Zuhrah 6 JUN 2012

sumber: : Langkawi National Observatory, ANGKASA


 Penduduk di seluruh dunia memandang ke langit pada waktu siang kelmarin dan awal petang semalam di Asia untuk melihat transit Zuhrah.

Keajaiban alam tersebut berikutnya hanya akan berlaku dalam tempoh 105 tahun akan datang.

Transit Zuhrah terjadi apabila planet berkenaan melintasi di antara Bumi dan Matahari.

Penduduk Bumi dapat melihat planet berkenaan sebagai satu bintik hitam kecil pada permukaan matahari.

“Jika anda dapat melihat tahi lalat pada wajah model antarabangsa Cindy Crawford, anda pasti akan dapat melihat transit Zuhrah,” kata seorang ahli Persatuan Astronomi Los Angeles, Van Webster.

Transit berkenaan berlaku selama 6 jam 40 minit bermula selepas pukul 6 petang di AS.

Mereka yang berada di Amerika Utara dan Tengah akan dapat melihat keseluruhan fenomena itu manakala penduduk di barat Asia, timur Afrika dan sebahagian besar Eropah pula akan dapat menyaksikan penghujung transit Zuhrah apabila matahari terbit.

Di Hawaii, Alaska, timur Australia dan Asia termasuk Jepun, Semenanjung Korea dan timur China, orang ramai dapat memerhatikan keseluruhan transit Zuhrah kerana fenomena itu berlaku pada siang hari.

Mereka yang tidak memiliki teleskop bersama penapis khas memilih untuk menyaksikan fenomena itu di laman web Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Laman web tersebut mencatat hampir 2 juta penonton kelmarin dengan sekitar 90,000 orang melayarinya pada sesuatu masa.

Di bandar raya ini, kali terakhir transit Zuhrah berlaku adalah 130 tahun lalu pada 1882.

“Saya berasa sangat seronok. Ini satu pengalaman yang kami tidak akan lupakan seumur hidup kami,” kata seorang jurutera perisian berusia 32 tahun, Bo Tan.

Dia dan beberapa rakan sekerjanya mengambil cuti separuh hari untuk memerhatikan keganjilan alam tersebut.

Namun, orang awam yang mahu melihat transit Zuhrah dinasihatkan supaya memakai kaca mata khas atau teleskop dilengkapi penapis cahaya.

Ini kerana perbuatan memandang pada tempoh yang lama ke arah matahari akan merosakkan retina mata.

Ketika gerhana matahari berlaku pada 1970, sebanyak 145 kes retina rosak dilaporkan di AS akibat perbuatan memandang ke arah bintang tersebut tanpa sebarang peralatan keselamatan.

Transit Zuhrah berikutnya hanya akan berlaku pada tahun 2117.
sumber dari http://www.facebook.com/pages/Langkawi-National-Observatory-ANGKASA
                         http://www.facebook.com/mylunareclipse
                         http://www.maklumat.my/fenomena-transit-zuhrah-muncul-semula-2117

5 Jun 2012

GERHANA BULAN SEPARA


                Fenomena gerhana bulan separa pertama pada tahun ini dapat dilihat oleh kebanyakan orang di sebahagian kawasan di Asia.Gerhana bulan separa sepatutnya dapat dilihat di seluruh negara ketika waktu Maghrib sehingga 9.18 malam pada 4 Jun 2012. Namun disebabkan cuaca di kebanyakan tampat di Malaysia agak mendung dah berawan tebal, emej fenomena gerhana bulan separa tidak dapat dilihat sepenuhnya.

Di Australia dan timur Jepun, fenomena itu dapat dilihat apabila bumi bergerak antara bulan dan matahari sehingga meninggalkan satu bayang-bayang kelabu.

“Ia kelihatan agak ganjil kerana keadaannya tidak seperti bulan sabit normal. Ia seperti satu gigitan yang dikeluarkan daripada bulan,” kata Jonti Horner dari Jabatan Astrofizik, Universiti New South Wales, Sydney.

Sementara itu, beratus-ratus orang yang membanjiri Planetarium Negara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan fenomena itu kecewa kerana ruang angkasa dilitupi awan.

“Ia merupakan sesuatu yang amat menarik kerana anda tidak akan melihat gerhana seperti ini pada setiap tahun,” kata seorang anggota sebuah kelab astronomi, Ichshan Ramadan. – AFP


p/s: Nantikan pula fenomena transit planet Zuhrah melintasi matahari pada Rabu (6 Jun 2012). Jangan lupa saksikan fenomena ini kerana ianya jarang berlaku dianggarkan 105 tahun sekali.

credit to http://digg.com/newsbar/Science/gambar_gerhana_bulan_separa_4_jun_2012
maklumat lanjut di http://www.facebook.com/mylunareclipse






29 May 2012

BERITA & PERISTIWA

AMARAN KATEGORI PERTAMA


AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI 
PERTAMA) - Kemaskini
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan sehingga Jumaat, 1 Jun 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


SEKSYEN B : AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH - Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, WP Labuan, Sabah(Pantai Barat), Phuket, Selat Melaka Selatan, Tioman dan Reef South dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 29 Mei 2012.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 29 Mei 2012, jam 06:27AM 




Gempa Bumi 29 Mei 2012
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 skala Richter telah berlaku di Kepulauan Tonga pada jam 5.47 pagi 29 Mei 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 20.1 selatan longitud 175.6 Barat. 7689km tenggara Semporna, Sabah.


more info at : http://www.met.gov.my
credit to JABATAN METEORLOGI MALAYSIA

26 May 2012

LAPORAN SEMASA


Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat

Dikeluarkan pada: 04:56am pada 26 Mei 2012
KEMASKINI AMARAN :
Ribut petir dan hujan lebat di negeri Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort) dan WP Labuan; dan Sarawak : Bahagian Miri dan Bintulu dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Sabtu 26 Mei 2012.
Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Sabah : Bahagian Pantai Barat (Daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Papar); dan Sarawak : Bahagian Limbang.
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.



                                             AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
AMARAN KATEGORI PERTAMA
SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - Kemaskini
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 28 Mei 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN B : AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH - Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Melaka, Johor Barat, Sarawak (Rejang, Bintulu, Mukah dan Miri), WP Labuan dan Sabah (Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kudat) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Sabtu 26 Mei 2012.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 26 Mei 2012, jam 04:28AM 


Berita / Peristiwa RSS Feed Berita/Peristiwa

Gempa Bumi 23 Mei 2012
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 skala Richter telah berlaku di Hokkaido,Jepun pada jam 11.02 malam 23 Mei 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 41.3 Utara longitud 142.5 Timur.4592km Timur laut Kudat,Sabah.

more info at http://www.met.gov.my
kredit to JABATAN METEORLOGI MALAYSIA

19 May 2012

AMARAN KATEGORI PERTAMA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North & Palawan bermula pada Isnin, 21 Mei 2012 sehingga Isnin, 28 Mei 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN B : AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Selangor, Perak & Terengganu dijangka berterusan sehingga awal petang, Sabtu 19 Mei 2012.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 19 Mei 2012, jam 09:51AM 

Berita / Peristiwa RSS Feed Berita/Peristiwa

Gempa Bumi 18 Mei 2012
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 skala Richter telah berlaku di Off the coast of Aisen,Chile, jam 10 pagi 18 Mei 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 44.6 Selatan longitud 80.1 Barat.15027 km Lubok Antu,Sarawak.