Laporan Terkini Ribut Tropika Sonamu Melanda Malaysia (7 Januari 2013)
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata sehubungan itu 66 pusat pemindahan akan dibuka di Kuantan, 84 di Pekan dan 31 di Rompin.
Selain itu, semua pegawai daerah telah diarah menguar-uarkan ancaman ribut tersebut kepada penghulu serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung masing-masing dan melakukan persiapan yang perlu.
Terengganu: Ombak semakin besar telah menghampiri dan kedudukan terkini di pesisir Pantai Rusila telah hampir ke paras amaran. Keadaan angin di Dungun semakin kencang. Ribut juga dikatakan makin kuat.
Kelantan: Langit-langit di kawasan Kota Bharu sudah mula diliputi awan-awan yang bergerak agak pantas. Kepada rakan-rakan yang berada berhampiran kawasan pantai sila berjaga-jaga.
Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora: Kemaskini 7 Januari 2013
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Laporan Jabatan Matereologi Malaysia (7 januari 2013)
Hujan lebat dijangka akan berlarutan di Pahang, Terengganu dan Kelantan dari 7 sehingga 11 Januari 2013.
Ribut Tropika Sonamu dijangka akan tiba di pantai timur Malaysia tepat pada jam 8 Malam. Kesan impak agak minimum di negeri pantai timur. Pihak berkuasa memberi nasihat agar orang awam tidak berada dipersisiran pantai kerana ketinggian ombak dikesan mencecah 5.5 meter.
Update Terkini Ribut Sonamu ( 8 Januari 2013)
Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.1 U dan Longitud 108.0 T, pada jam 05:00 pagi 8 Januari 2013, kira-kira 529 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak perlahan ke arah Barat-Barat Daya.
Sumber: Berita Terkini Ribut Tropika Sonamu Melanda Malaysia | melvister.com
No comments:
Post a Comment