18 Feb 2013

Misteri Fenomena Air Laut Merah Di Sabah


Misteri Fenomena Air Laut Merah Di Sabah . Ianya adalah fenomena biasa yang selalu berlaku di persisiran pantai, muara sungai dan laut. Fenomena ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom.

fenomena "laut merah"

Oleh it, untuk mengelakkan keadaan panik dikalangan penduduk tempatan, Jabatan Perikanan Sabah telah memaklumkan bahawa kejadian Air Laut Merah atau lebih dikenali sebagai Red Tied, akan melanda di sekitar kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah. Antara kawasan² yang terlibat, antaranya, di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan beberapa lokasi berhampiran.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Sabah menasihatkan kepada semua penduduk sekitar supaya tidak memakan makanan laut seperti jenis kerang dan ikan-ikan, kerana dikhuatiri dicemari alga merbahaya.

Walaubagaimanapun, makanan laut dari seperti ketam, udang dan sotong adalah selamat dimakan dengan syarat insang dan organ dalaman, perlu dibuang terlebih dahulu dan dicuci sehingga bersih sebelum dimasak.

Kesan selepas memakan kerang beracun dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan mangsa berasa mual dan boleh membawa kelumpuhan pada otot dada dan perut. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh dua jam, mangsa mungkin akan menemui ajal.

1. Fenomena laut merah yang berlaku di Sabah disebabkan oleh pertumbuhan populasi mendadak oleh sejenis mikroorganisma (dinoflagellates) yang mengeluarkan toksin berbahaya. Jumlah mikroorganisma ini semakin membanyak dan menyebabkan air laut bertukar menjadi merah.

2. Mikroorganisma ini memang wujud di laut tetapi dalam kuantiti yang kecil dan tidak membahayakan kesihatan. Cuma menjadi ancaman apabila mikroorganisma ini semakin membanyak dan dimakan oleh tiram, kerang dan hidupan laut yang lain. Haiwan-haiwan ini akan menyebabkan peratusan toksik dalam badan mereka amat tinggi. Ikan yang makan mikroorganisma ini juga akan turut tercemar dengan toksik daripada dinoflagellates ini.

3. Fenomena ini menjadi ancaman kepada kesihatan manusia yang memakan hidupan laut yang dicemari ini dan boleh menyebabkan mangsa mengalami Paralytis Shellfish Poisoning (PSP). Pernah sekali,mikroorganisma dinoflagellated ini muncul dalam jumlah yang amat banyak dan mereka menggunakan gas oksigen yang banyak menyebabkan kematian hidupan laut yang lain mendorong kepada kekurangan sumber laut.

4. Hal ini terjadi pada tahun 2003 dan 2004 apabila populasi dinoflagellated meningkat mendadak di pantai barat Sabah dan menyebabkan kerugian kepada pengusaha sangkar ikan dan nelayan.

5. Setiap tahun, ada saja mangsa yang dilaporkan sakit serta-merta dan ada juga yang menyebabkan kes kematian apabila memakan hidupan laut yang dicemari oleh toksin ini yang menyebabkan PSP.

6. PSP terjadi apabila manusia makan haiwan yang bercangkerang seperti kerang dan tiram yang dicemari oleh dinoflagellates yang mana mikroorganisma ini menjadi makanan oleh haiwan-haiwan ini.

SUMBER: Wikipedia - Red tide

No comments:

Post a Comment