27 Sept 2013

2 buah komet yang berpotensi menyinari langit 2013


Ahli astronomi dunia sedang menanti penuh harapan terhadap 2 buah komet yang bakal bersinar terang di langit pada bulan Mac dan Oktober 2013 ini.
Saya sendiri yang mengikuti perbincangan hangat mailing list comet-ml, pun agak teruja menanti kehadiran komet-komet ini, kerana amat jarang sekali komet yang muncul di langit kita ini cerah dan mudah dilihat dengan mata.
Masih ingatkah Komet McNaught yang muncul dengan begitu cerah sekali pada tahun awal tahun 2007 lalu? Lihat sahaja foto-foto komet ini. Siapalah yang tidak seronok jika dapat lihat dengan mata kepala sendiri!
Namun, komet ini sejenis makhluk yang cukup sukar untuk mengagak kecerahannya. Ia terdiri daripada debu dan ais. Disebabkan ia amat jauh dan kecil, adalah hampir mustahil untuk kita di Bumi dapat mencongak jumlah sebenar ais dan debu, yang mana ia akan ada kesan secara langsung terhadap kecerahannya nanti.
Bagaimana pula dengan 2 komet yang akan muncul tahun 2013 ni nanti?

Komet yang pertama ialah Komet C/2011 L4 PanSTARRS.

19 Feb 2013

Meteor (Tahi Bintang) Jatuh Di Rusia 15 Febuari 2013

Serpihan tahi bintang (Meteor) meletup dan jatuh di Negara Russia sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang telah cedera akibat terkena serpihan kaca.

Pada pukul 9.20 (Waktu Russia) sebuah objek dilihat melintasi atas Chelyabinsk dimana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. "Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan. Gelombang itu memecahkan tingkap dan kaca di Chelyabinsk dan beberapa bandar lain dikawasan itu" kata Pegawai Kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan.


Keadaan tersebut juga telah menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di bawah paras rendah atmosfera bandar itu.



Menteri dalam negeri berkata, lebih 250 orang cedera dan tiga daripadanya cedera parah apabila gegaran gelombang itu tercetus di Chelyabinsk dan beberapa bandar lain. Jumlah yang cedera makin meningkat.


Video meteor terhempas di Russia :



p/s : Berhentikan muzik dengan klik butang "stop" di bawah ketika ingin menonton video.

18 Feb 2013

Berita kejadian "Alga hijau di Laut Kuning"

Di Qingdoo, Wilayah Shandong , China, kawasan perairan pesisir pantai diseliputi alga yang di panggil enteromopha prolifera. Alga ini tidak berbahaya dan tidak memjejaskan kualiti air namun terdapat kebimbangan yang ia akan menjejaskan kehidupan marin dan sektor perlancongan.



Menurut sumber dari CNN, para penyelidik masih belum pasti apakah penyebab kepada kejadian hijau ini. Salah satu penyelidik mengatakan bahawa kemungkinan kedatangan alga hijau ini adalah disebabkan dengan perubahan dalam persekitaran tapi tidak boleh menerangkan maksud secara detail.

Bagaimanapun pemandangan kehijauan ini telah melahirkan beberapa gambar yang menarik. Dalam sesetangah gambar, alga tersebut yang kini meliputi 200 batu persegi Lautan Kuning menyerupai gambar golf course.




sumber : Yahoo News

Misteri Fenomena Air Laut Merah Di Sabah


Misteri Fenomena Air Laut Merah Di Sabah . Ianya adalah fenomena biasa yang selalu berlaku di persisiran pantai, muara sungai dan laut. Fenomena ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom.

fenomena "laut merah"

Oleh it, untuk mengelakkan keadaan panik dikalangan penduduk tempatan, Jabatan Perikanan Sabah telah memaklumkan bahawa kejadian Air Laut Merah atau lebih dikenali sebagai Red Tied, akan melanda di sekitar kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah. Antara kawasan² yang terlibat, antaranya, di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan beberapa lokasi berhampiran.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Sabah menasihatkan kepada semua penduduk sekitar supaya tidak memakan makanan laut seperti jenis kerang dan ikan-ikan, kerana dikhuatiri dicemari alga merbahaya.

Walaubagaimanapun, makanan laut dari seperti ketam, udang dan sotong adalah selamat dimakan dengan syarat insang dan organ dalaman, perlu dibuang terlebih dahulu dan dicuci sehingga bersih sebelum dimasak.

Kesan selepas memakan kerang beracun dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan mangsa berasa mual dan boleh membawa kelumpuhan pada otot dada dan perut. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh dua jam, mangsa mungkin akan menemui ajal.

1. Fenomena laut merah yang berlaku di Sabah disebabkan oleh pertumbuhan populasi mendadak oleh sejenis mikroorganisma (dinoflagellates) yang mengeluarkan toksin berbahaya. Jumlah mikroorganisma ini semakin membanyak dan menyebabkan air laut bertukar menjadi merah.

2. Mikroorganisma ini memang wujud di laut tetapi dalam kuantiti yang kecil dan tidak membahayakan kesihatan. Cuma menjadi ancaman apabila mikroorganisma ini semakin membanyak dan dimakan oleh tiram, kerang dan hidupan laut yang lain. Haiwan-haiwan ini akan menyebabkan peratusan toksik dalam badan mereka amat tinggi. Ikan yang makan mikroorganisma ini juga akan turut tercemar dengan toksik daripada dinoflagellates ini.

3. Fenomena ini menjadi ancaman kepada kesihatan manusia yang memakan hidupan laut yang dicemari ini dan boleh menyebabkan mangsa mengalami Paralytis Shellfish Poisoning (PSP). Pernah sekali,mikroorganisma dinoflagellated ini muncul dalam jumlah yang amat banyak dan mereka menggunakan gas oksigen yang banyak menyebabkan kematian hidupan laut yang lain mendorong kepada kekurangan sumber laut.

4. Hal ini terjadi pada tahun 2003 dan 2004 apabila populasi dinoflagellated meningkat mendadak di pantai barat Sabah dan menyebabkan kerugian kepada pengusaha sangkar ikan dan nelayan.

5. Setiap tahun, ada saja mangsa yang dilaporkan sakit serta-merta dan ada juga yang menyebabkan kes kematian apabila memakan hidupan laut yang dicemari oleh toksin ini yang menyebabkan PSP.

6. PSP terjadi apabila manusia makan haiwan yang bercangkerang seperti kerang dan tiram yang dicemari oleh dinoflagellates yang mana mikroorganisma ini menjadi makanan oleh haiwan-haiwan ini.

SUMBER: Wikipedia - Red tide

15 Feb 2013

Berita Terkini Ribut Tropika Sonamu Melanda Malaysia

Ini adalah laporan berita terkini ribut Tropika Sonamu yang sedang melanda Malaysia. Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan akan terkena tempias ribut tersebut dalam beberapa hari ini. Hujan ribut yang teruk dan laut bergelora kini boleh dirasai di persisiran pantai timur. Namun, penduduk perlu mengambil langkah berwaspada pada saat ini.


Laporan Terkini Ribut Tropika Sonamu Melanda Malaysia (7 Januari 2013)

Pahang: Tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin berkemungkinan dilanda banjir semasa kejadian ribut tropika Sonamu yang diramal membadai negeri-negeri di Pantai Timur bermula hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata sehubungan itu 66 pusat pemindahan akan dibuka di Kuantan, 84 di Pekan dan 31 di Rompin.
Selain itu, semua pegawai daerah telah diarah menguar-uarkan ancaman ribut tersebut kepada penghulu serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung masing-masing dan melakukan persiapan yang perlu.

Terengganu: Ombak semakin besar telah menghampiri dan kedudukan terkini di pesisir Pantai Rusila telah hampir ke paras amaran. Keadaan angin di Dungun semakin kencang. Ribut juga dikatakan makin kuat.

Kelantan: Langit-langit di kawasan Kota Bharu sudah mula diliputi awan-awan yang bergerak agak pantas. Kepada rakan-rakan yang berada berhampiran kawasan pantai sila berjaga-jaga.


Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora: Kemaskini 7 Januari 2013

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.


Laporan Jabatan Matereologi Malaysia (7 januari 2013)

Hujan lebat dijangka akan berlarutan di Pahang, Terengganu dan Kelantan dari 7 sehingga 11 Januari 2013.

Ribut Tropika Sonamu dijangka akan tiba di pantai timur Malaysia tepat pada jam 8 Malam. Kesan impak agak minimum di negeri pantai timur. Pihak berkuasa memberi nasihat agar orang awam tidak berada dipersisiran pantai kerana ketinggian ombak dikesan mencecah 5.5 meter.


Update Terkini Ribut Sonamu ( 8 Januari 2013)

Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.1 U dan Longitud 108.0 T, pada jam 05:00 pagi 8 Januari 2013, kira-kira 529 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak perlahan ke arah Barat-Barat Daya.


Sumber: Berita Terkini Ribut Tropika Sonamu Melanda Malaysia | melvister.com