6 May 2012


Berita / Peristiwa RSS Feed Berita/Peristiwa

Gempa Bumi 06 Mei 2012
Satu gempa bumi  sederhana bermagnitud 5.1 skala Richter telah berlaku di Mindanao, Filipina jam 2.43 pagi 06 Mei 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 5.5 Utara longitud 126.4 Timur. 884km Timur Laut Semporna, Sabah.

Dikeluarkan pada pukul 09:21AM, 06 Mei 2012
 
AMARAN RIBUT PETIR
AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-KEMASKINI

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Pahang, Terengganu, Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), Sabah(Kudat & Sandakan), Selat Melaka Selatan, Reef South, Reef North, Layang-Layang & Sulu dijangka berterusan sehingga awal petang, Ahad, 6 Mei 2012.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. 
Dikemaskini pada 06 Mei 2012, jam 09:21AM

credit to JABATAN METEORLOGI MALAYSIA 


No comments:

Post a Comment