8 May 2012

RAMALAN CUACA MEI 2012


Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat

Dikeluarkan pada: 08:34pm pada 08 Mei 2012
KEMASKINI AMARAN :
Ribut petir dan hujan lebat di negeri Kelantan (Daerah Gua Musang), Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang dan Tambunan), Pantai Barat (Daerah Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar) dan WP Labuan; dan Sarawak : Bahagian Limbang dan Miri dijangka berterusan sehingga tengah malam, Selasa 8 Mei 2012.
Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Johor (Daerah Mersing), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Temerloh, Maran dan Jerantut), Terengganu (Daerah Hulu Terengganu), Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Tenom dan Keningau) dan Pantai Barat (Daerah Ranau dan Kota Belud); dan Sarawak : Bahagian Kapit (Daerah Belaga).
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.

Dikeluarkan pada pukul 07:39PM, 08 Mei 2012
AMARAN RIBUT PETIR
AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sarawak(Limbang), WP Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dijangka berterusan sehingga lewat malam, Selasa, 8 Mei 2012.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 08 Mei 2012, jam 07:39PM

kredit to JABATAN METEORLOGI MALAYSIA
Info lanjut di :  http://www.met.gov.my/

No comments:

Post a Comment