SEKSYEN A : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Dikeluarkan pada : 05:41pm pada 01 Mei 2012
Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat yang dikeluarkan pada 03:45pm pada 1 Mei 2012 ditingkatkan kepada Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat (Peringkat Jingga). Ribut petir dan hujan di negeri Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) dan WP Kuala Lumpur dijangka berterusan sehingga awal malam, Selasa, 1 Mei 2012.
Keadaan ini akan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.
SEKSYEN B : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT
Dikemaskini pada : 05:41pm pada 01 Mei 2012
Ribut petir dan hujan lebat di negeri Kedah (Daerah Bandar Baharu), Perak (Daerah Kinta, Kampar dan Batang Padang), N. Sembilan (Daerah Kuala Pilah dan Rembau), Johor (Daerah Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulaijaya dan Pontian), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Rompin, Pekan dan Kuantan), Terengganu (Daerah Kemaman), Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Sipitang, Tenom, Keningau, Tambunan dan Nabawan), Pantai Barat, Kudat (Daerah Kota Marudu dan Pitas) dan Sandakan (Daerah Beluran, Kinabatangan dan Sandakan); dan Sarawak : Bahagian Limbang dijangka berterusan sehingga awal malam, Selasa 1 Mei 2012.
Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Kedah (Daerah Kulim), Perak (Daerah Kuala Kangsar), Selangor (Daerah Petaling), N. Sembilan (Daerah Jelebu, Jempol dan Tampin), Johor (Daerah Mersing), Pahang (Daerah Bentong, Maran dan Jerantut), Terengganu (Daerah Dungun) dan Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort), Kudat (Daerah Kudat) dan Sandakan (Daerah Tongod).
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.
kredit :Jabatan Meteorologi Malaysia KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI sumber : |
No comments:
Post a Comment